Sunday, 17 February 2013

suami,isteri,anak

Untuk Lelaki / Suami / Kekasih 

Kamu lelaki. . kalau benar kamu sayang pada Isteri / kekasih kamu, hendaklah kamu menegur si dia bila dia tidak menutup aurat dengan sempurna. . . Tegurlah mereka kalau mereka berpakaian ketat, sendat dan melekat. . Tegurlah mereka bila mereka bertudung tapi mereka tetap menampakkan bentuk tubuh mereka, menampakkan dada mereka, punggung mereka. . Didiklah mereka supaya MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA. . . Rupa yang buruk dan hodoh takkan boleh di ubah tetapi keperibadian mereka boleh di ubah perlahan -lahan. .

Untuk Wanita / Isteri / kekasih
Kamu wanita. . Kalau benar kamu sayang pada suami /kekasih kamu, hendaklah kamu menjaga keperibadian kamu di mata mereka. Jagalah Aurat kamu sebaik - baiknya. . Jangan mengheret mereka ke neraka kerana kesalahan kamu. Bila mereka menegur kamu itu kerana mereka sayangkan kamu, kerana mereka taknak kamu dilihat oleh lelaki dengan pandangan nafsu. . bila kamu sudah bersuami, dosa kamu suami yang tanggung. Kamu sanggup melihat insan yang kamu sayang di campak ke neraka di sebabkan gagal mendidik kamu??

Untuk Anak -anak. .

Jagalah Auratmu untuk Agamamu, untuk ibu bapamu dan untuk diri kamu juga. . Bila kamu mendedahkan aurat dosa kamu itu bapa kamu yang tanggung kerana gagal mendidik kamu. Jagalah maruahmu demi ibu bapa kamu. Ibu melahirkan kamu untuk kamu menikmati keindahan dunia, jadi kamu wajib menjaga diri kamu sebaik-baiknya. . jangan biarkan manusia2 yang bukan muhrimmu melihat dirimu sebelum tiba waktunya. . . 

No comments:

Post a Comment